PENGENALAN
Motor kasar adalah tindakan yang melibatkan
pergerakan yang besar seperti gerakan anggota tangan, lengan, kaki atau
keseluruhan bahagian badan. Contohnya kanak-kanak yang merangkak, pergerakan
ini melibatkan gerakan tangan, kaki, punggung dan bahagian badan yang lain.
Oleh itu dalam pergerakan seperti ini, kita akan lihat koordinasi berlaku
antara motor kasar dan motor halus. Selain itu, gerakan motor kasar ini juga
memerlukan pengawalan keseimbangan dan koordinasi dengan organ deria yang lain
seperti mata dan sentuhan.
Gerakan motor kasar kanak-kanak dapat
ditingkatkan dengan memberi peluang kepada mereka melakukan pelbagai aktiviti.
Aktiviti yang dirancang tersebut perlu melibatkan kanak-kanak melakukannya
dalam keadaan yang berbeza keadaan kedudukan badan mereka. Selain itu tahap
kesukaran aktiviti tersebut juga boleh ditingkatkan berdasarkan penguasaan
kanak-kanak itu. Kanak-kanak akan berasa seronok sekiranya aktiviti yang
dirancang tersebut mencabar dan berbeza sedikit dari kemahiran yang telah telah
mereka peroleh.
Perkembangan fizikal kanak-kanak pada
usia tiga hingga enam tahun berada dalam keadaan yang sederhana di mana ianya
dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuk faktor-faktor genetik yang diperolehi
dari keturunan, pemakanan, pendapatan keluarga dan kumpulan etnik.
Salah satu aspek penting dalam
perkembangan fizikal kanak-kanak adalah perkembangan daya penglihatan mereka.
Pada usia ini perkembangan visual kanak-kanak akan mematangkan lagi
perkembangan otak mereka yang juga memperkukuhkan kombinasi antara hemisfera
kanan dan kiri otak yang seterusnya membolehkan kanak-kanak mahir dalam arah
kiri dan kanan.
Otak kanak- kanak akan berkembang dengan
pesat secara struktur dan fungsinya pada usia ini iaitu semasa mereka berada di
prasekolah. Hemisfera kiri otak yang mengawal fungsi bahasa terbentuk dengan
amat pesat pada dua tahun pertama usia kanak-kanak itu. Manakala hemisfera
kanan otak yang mengawal maklumat megenai ruang mula berkembang dengan pesat
pada sekitar usia lima tahun.
Kanak-kanak mengalami peningkatan dalam
pergerakan motor kasar dan motor halus yang amat hebat semasa berada di
prasekolah. Peningkatan dan penambahbaikan dalam kemahiran motor kasar dan
motor halus ini adalah dipengruhi oleh perkembangan otak, perimbangan ( sense
of balance ) yang lebih baik dan peningkatan dalam koordinasi mata dan tangan.
Perkembangan motor juga dipengaruhi oleh
latihan, ekspektasi ibubapa, peniruan, faktor genetik, perkembangan otak dan
etnik keturunan.
Daya imbangan merupakan aspek yang juga
penting dalam perkembangan fizikal kanak-kanak. Kanak-kanak yang mempunyai
masalah pendengan biasanya akan mengalami masalah untuk mengimbangi badan
mereka. Mereka tidak akan dapat melakukan pergerakan-pergerakan motor kasar
seperti menyepak bola atau menendang. Adakalanya kanak-kanak mengambil masa
yang lebih panjang dari kanak-kanak lain untuk memahirkan diri dalam pergerakan
motor kasar. Maka guru haruslah mengenalpasti kanak-kanak yang mungkin
memerlukan bantuan dalam perkembangan motor kasarnya.
Untuk berlari dan melompat, kanak-kanak
melalui beberapa frasa sebelum mereka boleh berlari dan melompat dengan
sempurna. Dari pemerhatian dan kajian yang dilakukan terdahulu, pada usia 2
hingga 3 tahun barulah kanak-kanak boleh dilihat berlari dengan baik walaupun
mereka kelihatan seperti berlari pada usia yang lebih muda. Pada usia 4 hingga
5 tahun kanak-kanak akan mampu berlari dua kali ganda lebih laju daripada
kepantasan mereka berlari pada usia 3 tahun.
Kanak-kanak mula cuba untuk melompat
apabila cuba memijak sesuatu objek dengan menggunakan sebelah kaki. Ini terjadi
pada usia 18 bulan. Pada usia 2 tahun , kanak-kanak akan boleh melompat sambil
mengangkat sedikit kedua-dua belah kaki mereka, tapi kanak-kanak ini masih lagi
tidak tahu menggunakan tangan mereka untuk mengimbangi badan mereka semasa
melompat.
Melempar dan menangkap bola merupakan
kemahiran motor kasar yang cuba kanak-kanak lakukan pada awal usia mereka lagi.
Namum begitu pergerakan melempar dan menangkap bola akan menjadi lebih cekap
dan kemas apabila kanak-kanak mampu untuk mengawal pergerakan badan mereka.
Kanak-kanak yang lebih matang sudah boleh mengimbangi badan mereka semasa
membuat balingan atau menangkap bola berbanding dengan kanak-kanak dua atau
tiga tahu yang biasanya kelihatan kaku dan sukar untuk membaling bola dan
kadang-kadang gagal untuk menangkap bola. Kemahiran menangkap bola akan menjadi
lebih baik apabila kanak-kanak itu lebih matang dan boleh menggunakan
koordinasi visual mereka untuk memerhatikan pergerakan bola seterusnya
menangkap bola tersebut.
PERKEMBANGAN MOTOR KASAR MENGIKUT USIA.
·
Usia 1 – 6 Bulan
Bayi boleh mengangkat kepala untuk mengubah
posisi ampu untuk pemandangan. Bayi akan terdorong untuk mengubah poisi kepala
semasa memberi tindakbalas kepada bunyi atau rangsangan yang diperolehinya.
Bayi juga boleh membengkokkan tangan dan kakinya.Bayi juga mampu untuk
menegakkan kepalanya semasa didokong. Semasa berada dalam keadaan terlentang
bayi akan menendang-nendang dan menggerak-gerakkan kaki ke kiri dan ke kanan.
·
Usia 6 – 9 Bulan
Bayi boleh mengangkat kepala dan dada sambil
meniarap, pergerakkan meniarap akan berubah-rubah mengikut kemahuan bayi. Bayi
akan boleh bergolek-golek ke kiri dan ke kanan. Bayi juga akan
menendang-nendang dengan kuat. Pada usia ini juga bayi akan menghulurkan tangan
meminta supaya mereka diangkat oleh orang dewasa disekeliling mereka. Di akhir
tempoh ini, bayi akan berusaha untuk bangun dan duduk . seterusnya bayi akan
bangun dan duduk sendiri tanpa bantuan.
·
Usia 9 – 18 Bulan
Dalam keadaan meniarap, bayi akan cuba bergerak
ke hadapan dan ke belakang. Bayi akan mencuba untuk merangkak, keperluan untuk
bergerak menjadi memuncak bila mana pada usia ini kanak-kanak sangat cenderung
untuk meneroka kawasan sekeliling yang biasa bagi mereka. Dengan merangkak bayi
akan boleh bergerak ke lebih banyak tempat yang sangat menarik bagi mereka
tanpa bantuan orang dewasa. Bayi kemudiannya akan mengimbangi badan dan duduk
tanpa bantuan. Seterusnya bayi akan cuba untuk berdiri. Bayi akan mencari
sokongan dari orang dewasa atau perabut di sekelilingnya untuk membantu mereka
bertatih. Seterusnya bayi akan cuba berjalan dengan sokongan dan bantuan orang
dewasa. Perkembangan seterusnya adalah untuk berjalan sendiri tanpa bantuan
orang dewasa. Bayi akan beralih kepada usia kanak-kanak pada akhir tahap ini.
Mereka akan cuba bereksperimentasi dan bermain peralatan permainan. Bayi akan
mampu untuk menolak dan menarik permainan beroda. Pada akhir tahap ini juga
kanak-kanak akan mampu menaiki dan menuruni tangga dengan bantuan ibu bapa.
·
Usia 18 Bulan – 5 Tahun
Pada usia 18 bulan , kanak-kanak sudah mampu
berlari dengan selamat. Daya keseimbangan mereka adalah lebih baik. Kini
kanak-kanak sudah mampu untuk menaiki dan menuruni tangga tanpa bantuan.
Kanak-kanak dengan sempurnanya dapat mengayuh basikal roda tiga. Kanak-kanak
juga boleh berdiri di atas hujung jari kaki. Kanak-kanak pada usia ini boleh
melompat, meloncat-loncat, melontar dan menyepak bola. Kanak-kanak juga akan
menggerak-gerakkan badan mereka apabila mendengar irama yang mereka gemari.
·
Usia 5 – 7 Tahun
Kanak-kanak adalah sangat cergas dan cerdas
pada usia ini. Mereka sudah mengalami pelbagai perkembangan dan ini menjadikan
pergerakan mereka lebih luas. Kebolehan mereka untuk bergerak juga adalah lebih
kompleks. Kanak-kanak akan mmpu memanjat dengan baik. Mereka juga mempunyai
daya imbangan badan yang tinggi. Koordinasi mata dan tangan membolehkan mereka
memukul bola dengan menggunakan pemukul.
CADANGAN-CADANGAN AKTIVITI UNTUK MENINGKATKAN
KEMAHIRAN MOTOR KASAR KANAK-KANAK.
• Aktiviti motor kasar haruslah melibatkan
pergerakkan kaki dan tangan sepenuhnya. Terdapat banyak aktiviti-aktiviti
fizikal yang boleh dijalankan bagi meningkatkan kemahiran kanak-kanak dalam
pergerakan motor kasar mereka.
• Berjalan ~ Aktiviti berjalan boleh dilakukan
dengan berbagai cara yang lebih kreatif seperti berjalan kehadapan, berjalan ke
belakang, berjalan dalam bulatan, berjalan ke tepi, berjalan dalam bulatan,
berjalan dengan perlahan, berjalan dengan laju, berjalan bersendirian dan berjalan
secara berkumpulan.
• Berlari ~ Kanak-kanak suka berlari dan
bergerak cergas dalam banyak ketika. Aktiviti berlari haruslah dilakukan di
tempat yang lebih luas dan lapang. Ini adalah untuk memastikan keselamatan
kanak-kanak semasa aktiviti berlari. Berlari dengan perlahan, berlari
berganti-ganti, berlari sambil membawa bola dan berlari berhenti dan berlari.
• Skipping ~ skipping menggunakan tali,
skipping secara sendirian atau bermain lompat tali dalam kumpulan.
• Galloping ~ berlari seperti kuda
• Membaling dan menyambut bola ~ menggolekkan
bola, menahan bola yang bergolek, membaling bola, menyambut bola bergilir-gilir
dalam kumpulan, permainan bola dan monyet,
• Mengimbangkan badan ~ berjalan meniti
sekeping papan yang diletakkan di atas tanah, meniti seutas tali yang
diletakkan di atas tanah, membawa bola di atas sudu, menjunjung pundi kacang
hijau di atas kepala.
MATLAMAT PEMBELAJARAN MOTOR KASAR PPK (2003)
Perkembangan motor kasar seorang kanak-kanak
bermula sejak mereka lahir. Perkembangan ini berterusan sehingga mereka mahir
dan selesa dengan sesuatu kemahiran dan gerakan tersebut. Menurut PPK (2003)
matlamat dalam perkembangan motor kasar kanak-kanak adalah mereka dapat
menguasai kemahiran ini dengan berkesan. Jadual 3.2 di bawah menunjukkan kemahiran
pergerakan motor kasar seperti yang disarankan oleh Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan (2003).
MASALAH MOTOR KASAR
Kemahiran motor merupakan kemahiran yang
bergantung kepada kecekapan otak, tulang, sendi dan sistem saraf berfungsi.
Oleh itu perkembangan motor adalah perkembangan gerakan dan koordinasi selain
daripada memerlukan seseorang menggunakan kekuatan otot, pengawalan kedudukan,
keseimbangan dan kemahiran persepsi diri.
Perkembangan koordinasi yang lambat
merupakan salah satu masalah dalam gerakan motor. Kanak-kanak yang mempunyai
masalah ini mengalami kesukaran untuk melakukan aktiviti seperti berjalan
dengan betul, menunggang basikal, malah untuk bermain bola. Kanak-kanak seperti
ini menunjukkan pergerakan yang tidak teratur, perlahan dan agak pelik.
Kanak-kanak yang mempunyai masalah perkembangan dalam koordinasi ini juga
mempunyai masalah bagi menyiapkan tugas yang melibatkan pergerakan otot secara
berurutan. Sebagai contoh, kanak-kanak ini tidak dapat membuat aktiviti ini
dalam urutan, membuka almari pakaian dan menanggalkan jaket baju.
Seperti motor halus, masalah dalam
perkembangan motor kasar kanak-kanak juga dapat dikesan di awal tumbesaran
kanak-kanak tersebut. Pada peringkat awal ini kita dapat lihat perkembangan
kanak-kanak dari aspek keseimbangan, koordinasi dan pengawalan kedudukan badan
memerlukan gerakan badan mereka pada suatu tempat ( Shumway-Cook &
Woollacott, 1985). Keinginan kanak-kanak untuk bergerak dan meneroka
persekitaran mereka merupakan rangsangan awal bagi gerakan motor kasar. Apabila
kanak-kanak ini menghadapi masalah bergerak balas dengan rangsangan seperti ini
kita akan sedar bahawa mereka mempunyai masalah dalam perkembangan motor kasar
mereka.
Aktiviti fizikal yang dirancang dengan
baik akan dapat memastikan perkembangan motor kasar yang berkesan. Menurut
Moore (1984);
“At this age a child needs several hours
of physical activity a day. This helps to build the body, purify the blood,
promote good digestion and calm the nerves.” (Raymond Moore, Homegrown Kids,
p113)
Oleh itu kanak-kanak perlulah diberikan
masa yang mencukupi bagi melibatkan diri dengan aktiviti luar seperti bermain,
berlari, memanjat atau aktiviti membantu ibubapa seperti membasuh kereta,
membersihkan kawasan rumah atau aktiviti luar yang lain.
No comments:
Post a Comment