Terkini di WaJIP

Terkini di WaJIP

Info & Isu Terkini WaJIP

Sebarang info terkini mahupun isu-isu semasa akan dipaparkan disini untuk perkongsian bersama. Terima Kasih.

Friday 28 June 2013

TAHNIAH!!!

Tahniah diucapkan kepada senior-senior :
  • PISMP Prasekolah Jan 2009
  • PISMP Pemulihan BM Jan 2009
  • PISMP Pemulihan PT Jan 2009
kerana telah berjaya menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Perguruan dengan Kepujian. sekali lagi ucapan tahniah diucapkan kepada senior-senior, kerana semuanya telah berjaya mendapat tempat sebagai seorang guru disekolah. Semoga menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Jangan lupa untuk doakan adik-adik yang masih lagi dalam proses pengajian di IPGKTAA. Semoga perkenalan kita semua akan terus kekal selama-lamanya. Terimalah 3 rangkap pantun daripada kami :

bunga melur harum baunya,
dipetik sekuntum dibuat hiasan;
kepada abang kakak semua,
ucapan tahniah sebagai penghargaan.

sungguh cantik permandangan bendang,
ramai orang melambai tangan;
jika kita bertemu dibendang,
harap dapat melambai tangan.

burung terbang membawa harapan,
ingin mencari makanan di ladang;
mengirim doa sebagai harapan,
semoga perkenalan kekal sepanjang.