Terkini di WaJIP

Terkini di WaJIP

Info & Isu Terkini WaJIP

Sebarang info terkini mahupun isu-isu semasa akan dipaparkan disini untuk perkongsian bersama. Terima Kasih.

Thursday 20 October 2011

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2011


TAHNIAH!!!
Tarikh: 21 Oktober 2011
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Darul Makmur

Tahniah diucapkan kepada warga JIP yang telah menerima Anugerah Pencapaian Akademik Cemerlang dengan pointer 3.80 dan ke atas :)


UJIAN BAGI SEMESTER 7
Opsyen: Prasekolah

1 AIZA HUSNA BT A. RAHIM
2 FARHANA BT ABU ZAKI
3 NADIA BT SABRI
4 NAZURAH BT KASMIAN
5 NOR ADIBAH BT ASARI
6 NOR FARAHIN BT TAIB
7 NOR SYAMIMI BT KAMALUDIN
8 NUR DIYANAH BT DELLAH
9 NURUL HUDA BT MOHD.SOFE
10 SITI MARLIYANA BINTI LATIP
11 SYAHIDA FAIZZAH BINTI HASHMI
12 AKRAM ZHAFRAN BIN AB GHANI
13 MUHAMMAD HAFIDZ BIN ZAINI
14 MUHAMMAD NUR AZAM BIN SUHAIMI
15 NOOR MURSHIDAH BINTI SAMSUDIN
16 NOR ELIKA FAZLIN BT MOHD SHAMSUDIN
17 NORAZURA BINTI ZIKIR
18 NUR ‘IZZATI BINTI ISMAIL
19 NURSANIAH BT ABD.RAHMAN



UJIAN BAGI SEMESTER 5
Opsyen: Prasekolah
 NURUL FARHANA BT BAKAR 
Opsyen: Pemulihan Bahasa Tamil
1 SARASWATHY A/P SUBBARAO


UJIAN BAGI SEMESTER 3
Opsyen: Pemulihan Bahasa Melayu
1 NORHIDAYU BINTI SULAIMAN


Terima Kasih kepada Biro Akademik Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar kerana telah menganjurkan MAPC 2011 ini dengan jayanya.

Aku Seorang Guru

Lihatlah…
Seharian,
aku diminta menjadi seorang aktor, teman,
pencari barang hilang, ahli psikologi, ibu bapa,
penasihat, hakim, pengarah, motivator
dan pembimbing ruhani
murid-muridku..

Meski tersedia peta, grafik, formula, kata kerja, cerita dan buku
aku sebenarnya tidak punya apa-apa untuk diajarkan,
kerana murid-muridku sebenarnya
hanya mempunyai diri mereka sendiri untuk belajar,

Aku sebuah paradoks.
Aku paling keras berbicara
dan aku paling banyak mendengar.
Kurnia terbesarku terdapat dalam apa yang aku sedia terima
dari murid-muridku dengan sikap menghargai.

Kekayaan material bukanlah tujuanku,
tapi aku seorang pencari harta karun,
yang selalu mencari peluang baru bagi murid-muridku
peluang untuk menggunakan bakat-bakat mereka
dan aku selalu mencari bakat-bakat
yang kadang tersembunyi di sebalik sikap menyerah.

Dulu..aku ingin menjadi seorang doktor…
namun kini dengan menjadi seorang guru,
aku tahu akulah yang paling beruntung.
Kerana seorang doktor
diizinkan untuk menjadi perantara kehidupan dunia
dalam satu saat ajaib.
aku pula diizinkan melihat kehidupan itu
dilahirkan kembali saban hari

Ketika seorang arkitek merasa jika dia membangun dengan teliti,
bangunannya mungkin akan berdiri berabad-abad.
Namun seorang guru tahu jika ia membangun
dengan cinta dan kebenaran, apa yang ia bangun akan abadi.

Aku tidak perlukan hiburan
untuk meredakan rasa sedih,
yang terkadang datang bersama masalah-masalah,
kerana di sini ketika di depan gerbang sekolahku,
semua itu akan larut bersama senyuman,
keikhlasan dan cinta tulus murid-muridku
yang terpancar dari mata, senyuman, harapan
dan sambutan hangat mereka setiap pagi…

Aku seorang pejuang, setiap hari bertempur melawan
rasa takut, jumud, prasangka, kebodohan dan kelesuan.
Dan aku mempunyai sekutu-sekutu hebat :
kecerdasan, rasa ingin tahu, kreativiti, cinta dan tawa,
semuanya bergegas menghampiriku dengan sokongan luar biasa.

Demikian aku,
mempunyai sebuah masa depan yang menantang,
penuh petualangan dan yang menyenangkan
kerana aku diizinkan tuhan melewati hari-hariku
dengan masa depan.

Kubuka mata pagi ini,
aku ingat bahawa hari ini aku akan bertemu
dengan banyak kebahagiaan bersama murid-muridku …
ya..aku seorang guru …
dan untuk itu aku bersyukur pada Tuhan setiap pagi …
setiap hari.

Aku menyentuh masa depan…
kerananya aku menjadi guru!

Adaptasi dari John Wayne Schlatter dalam Chicken Soup For Teacher, Seoul.



Diambil dr group wajip di Fb....oleh: Saudara Syed Faqih Al-alawi

Tuesday 18 October 2011

Under Construction

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Saya wakil admin ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pensyarah dan guru pelatih yang melawat ke blog ini. Di sini, saya ingin memohon maaf di atas kekurangan penampilan blog rasmi WaJIP dan inginkan bantuan daripada anda semua dalam memperbaiki blog ini agar lebih menarik dan informatif. Sebarang cadangan boleh diemelkan kepada kami - wargajip@yahoo.com....terima kasih di atas kerjasama yang telah diberikan...

Wednesday 12 October 2011

Malam Jalinan Insan Pendidik & Pelancaran WaJIP

Pada 13 Oktober 2011, akan diadakan satu majlis bersama semua warga Jabatan Ilmu Pendidikan iaitu Malam Jalinan Insan Pendidik dan Pelancaran WaJIP (Warga JIP). Semua yang berkenaan dijemput hadir. Butiran majlis:
Tempat : Dewan Darul Makmur. 
Masa : 8.30 malam

Bengkel Pertolongan Cemas dan Rawatan Awal Kanak-kanak

Satu bengkel pertolongan cemas dan rawatan awal kanak-kanak akan diadakan pada 13 dan 14 Oktober 2011 bersamaan hari Khamis dan Jumaat. Peserta yang terlibat ialah guru pelatih KPLI Prasekolah, PISMP Prasekolah Semester 8 serta guru-guru prasekolah sekitar daerah Lipis. Butiran bengkel adalah seperti berikut:


Tarikh  : 13 dan 14 Oktober 2011
Tempat : Dewan Kuliah Ibnu Sina (Dewan Kuliah A)
Masa    : 8.00 pagi


Sila KLIK untuk maklumat lanjut tentatif program. Terima Kasih.