Pertandingan Mewarna Murid - Murid Prasekolah IPGKTAA
Tahniah kepada semua murid - murid prasekolah IPGKTAA kerana telah berjaya menyertai pertandingan mewarna sempena minggu intergriti peringkat IPGKTAA.
06 Februari 2012
Mural Prasekolah
kuah dal kuah kari;
buat cincah roti jale;
buat mural separuh mati;
air takde makan pun takde.
Sejurus dengan itu juga kami ingin memohon maaf kepada En. Lah terutamanya kerana kami lewat membuat mural di prasekolah kita, kerana sejak semester lepas lagi En. Lah ingin kami membuat mural itu. sehubungan ddengan itu, terimalah pantun ini, kalu nak beli boleh jugak;
pergi seberang naik sampan;
sambil naik makan roti;
kami mohon seribu kemaafan;
jangan disimpan dalam hati.
Kepada mereka yang telah sudi menghadirkan diri dan kepada mereka yang terlibat secara tidak langsung, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada semua kerana tanpa pengorbanan daripada semua pasti pelaksanaan mural ini tidak akan berjalan dengan lancar.
gali parit gali perigi;
gali ditepi rumah pandir;
mural belum siap lagi;
harap dapat sudi hadir.
ketekunan Beh dan Lei Wei
nie tunjuk action je...
pandai jugak zainal lukis ye...
tekun betul Azam wat koje...
cantik x ???he3
buat ke nie???
cam x ikhlas je nie...
tekunnye...
tekunnye, bkn senang nak cari orang yg wat keje cam nie...he3
kehebatan dua orang jejaka Melayu...terbaikkkkk
ble nak siap nie???
ketekunan tiga orang wanita...
pandaike Husna nie mewarna??? rosaklah nanti...
waaaa...cantik jugak Syahir colour nie...
nie wat kerje ke main??? siap ada patung lagi...
senyuman yang menawang darpd Syahir
x sakit ke kepala 2???
cantiknye...
Liza colour love baik2
ketekunan seorang yg mempunyai azam yg tinggi, iaitu Azam
terbaikkkk
cantik juga Husna colour...
Jamuan Hari Raya Aidilfitri JIP
Pada 26 September 2011 yang lalu bersamaan 28 Syawal 1432H telah diadakan majlis Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Ilmu Pendidikan (JIP) IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan. Pelbagai juadah menarik dan menyelerakan telah disediakan. Antaranya seperti ketupat, rendang, lemang, laksa, sate, mi goreng, rojak, kuih-muih, pencuci mulut dan banyak lagi. Salah satu minuman yang sangat istimewa dan cukup laku bak pisang goreng panas dalam jamuan ini adalah AIR TEBU yang ditaja khas oleh En. Mohd Mokhtar b. Nawi. Terima kasih diucapkan kepada para pensyarah, guru pelatih serta tetamu-tetamu yang hadir.
![]() |
"potong...jangan tak potong..." guru pelatih sibuk membantu menyiapkan juadah |
tu diaa....meja 9 meter beb! |
Program Pembinaan Watak Guru Prasekolah (PISMP Prasekolah Sem.8)
Program pembinaan watak ini adalah selaras dengan proforma kursus PRA3114 iaitu Kualiti Pendidik Prasekolah bagi guru-guru pelatih semester 8 dan telah dijalankan dari 30 September sehingga 2 Oktober 2011 yang lalu bertempat di Kuala Tahan, Jerantut. Program ini telah melibatkan kedua-dua unit Prasekolah semester 8 seramai 38 orang. Antara fasilitator yang terlibat ialah En. Jamil, En. Hatim, En. Che Lah, En. Rozman dan Cik Rusini. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti slot 'Ice-Breaking', 'Canopy Walk', menaiki bot menyusuri Sungai Tembeling dan beberapa lagi sesi slot.
![]() |
"Kamil kata...." kalau Kamil tak kata apa-apa, diam-diam je |
![]() |
perjalanan menuju ke canopy walk |
![]() |
naik bot pulak. RM 120 = 14 orang. |
Bengkel Pertolongan Cemas & Rawatan Awal Kanak-kanak Anjuran PISMP Prasekolah Semester 8
13 Oktober 2011
Malam Jalinan Insan Pendidik & Pelancaran WaJIP
14 Oktober 2011
Bengkel Pertolongan Cemas & Rawatan Awal Kanak-kanak Anjuran PISMP Prasekolah Semester 8