Terkini di WaJIP

Terkini di WaJIP

Info & Isu Terkini WaJIP

Sebarang info terkini mahupun isu-isu semasa akan dipaparkan disini untuk perkongsian bersama. Terima Kasih.

Saturday 4 February 2012

SALAM MAULIDULRASUL


Selamat menyambut Maulidulrasul kepada semua yang beragama Islam. Selalulah bersalawat keatas baginda sebagai tanda cinta kita kepada baginda. kita jangalah hanya menyebut pada bibir bahawa kita sayang dan cinta pada baginda sahaja malah kita mesti melakukan apa yang disuruh oleh baginda. misalnya bagi yang perempuan mestilah menutup aurat dengan sempurna, jangan pakai yang ketat-ketat keran pakaian yang sedemikian akan membawa diri ke neraka, kepada yang lelaki digalakkan untuk solat berjemaah disurau atau dimasjid kerana baginda tidak pernah meninggalkan solat berjemaah di masjid kecuali uzur sahaja. marilah kita bersama-sama melakukan sunnah Rasulullah walaupun sunnah yang paling kecil, namun istiqamah. jika kita melakukan sunnah yang besar namun tidak istiqamah, tidak berguna, bahkan yang kecil itu lagi baik jika pelaksanaannya istiqamah.

Jangan lupa banyakkan berselawat ke atas baginda, setiap kali kita berselawat ke atas baginda Allah akan berselawat sebanyak 10 kali ke atas kita. Lakukanlah sunnah nabi sebanyak-banyaknya.... selamat beramal

Dan tidaklah kami utuskan engkau (wahai Muhammad) melainkan untuk menjadi rahmat bagi 
sekalian alam.. (Al-Anbiya’:107)

No comments:

Post a Comment