Terkini di WaJIP

Terkini di WaJIP

Info & Isu Terkini WaJIP

Sebarang info terkini mahupun isu-isu semasa akan dipaparkan disini untuk perkongsian bersama. Terima Kasih.

Monday 30 January 2012

JUBLI PERAK O... JUBLI PERAK

tolak tarik terpaksa kami
nak tolak terhumbang kami
tahun 2012 tahun kami
Karnival Prasekolah memeningkan kami

Jubli Perak hampir tiba, so banyak banyaklah perkara yang bakal dilakukan oleh mereka yang terlibat... kami budak2 prasekolah juga tidak ketinggalan terlibat dengan Jubli Perak ini. Oleh kerana hanya kami yang senior Prasekolah disini, jadi terpaksalah kami memikil amanat untuk menjayakan Karnival Prasekolah yang bakal diadakan pada 06/03/2012, itupun kalau tidak ditunda lah... Oleh hal demikian, kepada semua senior2 yang telah terlibat dengan Karnival ini harap memberi pertolongan kepada kami, walaupun berjauhan kerana kami tidak mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan Karnival ini.

Antara aktiviti yang bakal dijalankan, ialah ;

  1. Perlawanan Bola Sepak = Jurulatihnya Khalil (ketua) dan Zainal ( N. ketua ) serta semua lelaki prasekolah.
  2. Perlawanan Netball = Jurulatihnya Bung(ketua) dan Liza (penolong) serta semua perempuan prasekolah
  3. Senam tari = Azam dan Syahir (pegubah lagu) serta Mina ( ketua )
kepada semua ketua harap akan dapat melakukan yang terbaik kerana kita akan bertanding dengan semua prasekolah yang terdapat di Kuala Lipis. harap dapat menaikkan dan mengharumkan nama Prasekolah kita, kerana kita telah menjadi tuan rumah Karnival kali ini.

kepada nama2 yang tidak ada itu, anda semua perlu bersiap sedia untuk dipanggil oleh ketua2 aktiviti untuk membantu melaksanakan latihan pada tarikh yang akan ditetapkan. Anda juga perlu bersedia untuk dipanggil bagi melakukan persediaan tempat bagi pelaksanaan Karnival ini, jikalau diperlukan. 

Kepada senior sila beri cadangan dan komen kepada kami agar kami dapat melakukan yang terbaik untuk menjayakan Karnival yang julung-julung kalinya buat kami. 

cari semut cari sapi
tangkap semut lepas sapi
kepada semua senior kami
harap sudi bantu kami

No comments:

Post a Comment