Terkini di WaJIP

Terkini di WaJIP

Info & Isu Terkini WaJIP

Sebarang info terkini mahupun isu-isu semasa akan dipaparkan disini untuk perkongsian bersama. Terima Kasih.

Wednesday 12 September 2012

KEMAHIRAN BERFIKIR KREATIF DAN KRITIS (KBKK)



" Pemikiran ialah proses menggunakan minda untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan metakognitif terhadap proses yang dialami. "
Tujuan KBKK
  • mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
  • mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolah
  • menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
  • mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercalaru, kabur dan sempit
  • meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya perkembangan intelek mereka
  • bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina keyakinan diri untuk memberi hujjah, membuat pertimbangan berdasarkan alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.
Kesilapan Dalam Berfikir dan Cara Mengatasi
 i. Berfikir secara terburu-buru
    • beri masa untuk berfikir
ii.Fikiran yang sempit
    • aktiviti perbahasan, perbincangan dan sumbangsaran
    • latihan menggunakan penyusun grafik banding beza
iii. Fikiran yang kabur
    • latih pelajar memperjelaskan sesuatu idea dalam bentuk penulisan
    • latih membuat definisi dasarkan kategori dan ciri-ciri sesuatu objek/perkara
    • membuat kerangka karangan
 iv. Fikiran yang bercelaru
    • Latih pelajar menyusun idea dengan lebih sistematik dalam lisan dan penulisan
    • menyusun isi-isi penting untuk karangan
    • carta aliran
Perbezaan Antara Otak Dan Minda
  • otak = organ yang terletak pada bahagian kepala yang mempunyai sistem-sistem tertentu
  • minda = kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaan
  • otak ---> pisau , minda ---> ketajaman mata pisau
  • pisau perlu sentiasa diasah agar penggunaannya berkesan
  • hemesfera otak kiri (HOKI) ---> kritis
  • hemesfera otak kanan (HOKA) ---> kreatif
  • kedua-duanya perlu dikembangkan melalui rangsangan, bahan dan aktiviti berfikir dalam p & p.
Jenis Kemahiran Berfikir
v  pelbagai jenis kemahiran berfikir
analitikal, logikal, kritikal, objektif, sistematik, pragmatik, positif, negatif, konstruktif, proaktif, projektif, kreatif, perspektif, lateral, emotif dsb.
v  secara amnya KB dibahagikan kepada 2 domain utama:
o    KB secara kritis
o    KB secara kreatif
KB secara kritis = " kecekapan dan keupayaan menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea, meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah "
contoh KB kritis :
    • banding beza
    • membuat kategori
    • teliti bahagian kecil dan keseluruhan
    • membuat sekuens
    • menerang sebab
    • membuat ramalan
    • usul periksa andaian
    • membuat inferens
    • mengesahkan sumber maklumat
KB secara kreatif = " kecekapan atau keupayaan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan "
contoh KB kreatif :
    • menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai
    • mencipta analogi
    • mencipta metafora
 - kemahiran-kemahiran lain:
    • kemahiran membuat keputusan
    • kemahiran menyelesaikan masalah
 Jenis Bahan Yang Digunakan
Ø  Bahan merupakan rangsangan yang digunakan untuk melatih /mewujudkan suasana berfikir dikalangan pelajar
Ø  Bahan boleh berbentuk :
i. Prosa - cerita, cerpen, rencana, berita
ii. Puisi - pantun, syair, sajak, lirik lagu
iii. Grafik - gambar, rajah, graf, kartun
Ø  Semua bahan tersebut boleh dibahagikan kepada 4 kategori:
i. Bahan seronok - menggalakkan pelajar menggunakan banyak daya imaginasi yang memerlukan pelajar membuat ramalan yang berbagai-bagai  
" bagaimana jari anda ada 5 "
ii. Bahan asing - bahan yang berlaku tetapi di luar pengalaman remaja/pelajar. Bahan ini datang dari dunia orang dewasa.
" Bagaimana cara nak menyekat pemuda yang menunggang motor dengan laju "
iii. Bahan persekitaran - bahan datang dari dunia remaja yang mereka alami dan gemari.
" Kamu tahu kawan kamu mengambil makanan dari kantin tanpa membayarnya. Apa yang kamu akan lakukan ? "
iv. Bahan berat - Bahan yang mempunyai implikasi serius pada kehidupan remaja.
" Kamu ingin masuk kumpulan rock, tapi ibubapa kamu menentang. Apa yang patut kamu buat ? "
Ø  Bahan ini hendaklah digunakan mengikut tujuan/objektif, isi pelajaran serta KB yang hendak diajar 
Bagaimana KBKK Diajar
ü  KBKK bukan satu mata pelajaran khusus ( Dr. De Bono merancang satu sukatan khas untuk KBKK )
ü   Ia diajar secara penyebatian
o   Penyebatian = strategi pengajaran yang menyepadukan kemahiran berfikir ke dalam mata pelajaran yang diajar.
o   2 kaedah penyebatian :
1.    Penyebatian sepenuhnya : KBKK disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran yang dikenalpasti. Terdapat 2 cara :
a) kenalpasti tajuk/isi pelajaran dan bahan seterusnya tentukan KBKK
b) kenalpasti KBKK dan tentukan isi pelajaran yang sesuai serta bahan
2.    Penyebatian separa : strategi pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada unsur KBKK dalam langkah-langkah pengajaran yang sesuai  
§  unsur KBKK hanya disepadukan dalam langkah-langkah tertentu sahaja mengikut keperluan dan kesesuian
§   penyebatian separa biasanya setelah pelajar telah mengikut penyebatian sepenuhnya dalam pembelajaran yang lepas.
ü  Proses berfikir berlaku dalam dua tahap :
i. apabila minda membuat persepsi
ii. dengan persepsi, minda melakukan pemprosesan logikal
ü  mengajar berfikir juga beerti mengajar pelajar membuat persepsi, i.e menajam dan mendalamkan daya persepsi
ü  kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat
ü  KB hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam kemahiran reka cipta
ü  apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan sesuatu idea, yang kemudiannya diwakilkan dalam bentuk lukisan, reka cipta :
- konkrit - teknikal spt membina sesuatu model
- abstrak - spt merancang/merangka strategi, taktik
Ciri-Ciri Pemikir Yang Bijak/Baik
·         cekal melaksanakan tugas
·         mendengar secara aktif/pendengar yang baik
·         bekerjasama dengan orang lain
·         jujur dan terbuka ( menerima pandangan orang lain )
·         peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan langkah-langkah dan sekuen yang digunakan
·         mahir dalam menyoal
·         dapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam pelbagai situasi yang berlainan
·         sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi
·         kesediaan mengambil risiko dan cabaran            
·         Reflektif
·         Kurang impulsif
·         Ingin tahu
·         Tidak mudah putus asa
·         Asertif


No comments:

Post a Comment