Terkini di WaJIP

Terkini di WaJIP

Info & Isu Terkini WaJIP

Sebarang info terkini mahupun isu-isu semasa akan dipaparkan disini untuk perkongsian bersama. Terima Kasih.

Thursday 20 October 2011

Aku Seorang Guru

Lihatlah…
Seharian,
aku diminta menjadi seorang aktor, teman,
pencari barang hilang, ahli psikologi, ibu bapa,
penasihat, hakim, pengarah, motivator
dan pembimbing ruhani
murid-muridku..

Meski tersedia peta, grafik, formula, kata kerja, cerita dan buku
aku sebenarnya tidak punya apa-apa untuk diajarkan,
kerana murid-muridku sebenarnya
hanya mempunyai diri mereka sendiri untuk belajar,

Aku sebuah paradoks.
Aku paling keras berbicara
dan aku paling banyak mendengar.
Kurnia terbesarku terdapat dalam apa yang aku sedia terima
dari murid-muridku dengan sikap menghargai.

Kekayaan material bukanlah tujuanku,
tapi aku seorang pencari harta karun,
yang selalu mencari peluang baru bagi murid-muridku
peluang untuk menggunakan bakat-bakat mereka
dan aku selalu mencari bakat-bakat
yang kadang tersembunyi di sebalik sikap menyerah.

Dulu..aku ingin menjadi seorang doktor…
namun kini dengan menjadi seorang guru,
aku tahu akulah yang paling beruntung.
Kerana seorang doktor
diizinkan untuk menjadi perantara kehidupan dunia
dalam satu saat ajaib.
aku pula diizinkan melihat kehidupan itu
dilahirkan kembali saban hari

Ketika seorang arkitek merasa jika dia membangun dengan teliti,
bangunannya mungkin akan berdiri berabad-abad.
Namun seorang guru tahu jika ia membangun
dengan cinta dan kebenaran, apa yang ia bangun akan abadi.

Aku tidak perlukan hiburan
untuk meredakan rasa sedih,
yang terkadang datang bersama masalah-masalah,
kerana di sini ketika di depan gerbang sekolahku,
semua itu akan larut bersama senyuman,
keikhlasan dan cinta tulus murid-muridku
yang terpancar dari mata, senyuman, harapan
dan sambutan hangat mereka setiap pagi…

Aku seorang pejuang, setiap hari bertempur melawan
rasa takut, jumud, prasangka, kebodohan dan kelesuan.
Dan aku mempunyai sekutu-sekutu hebat :
kecerdasan, rasa ingin tahu, kreativiti, cinta dan tawa,
semuanya bergegas menghampiriku dengan sokongan luar biasa.

Demikian aku,
mempunyai sebuah masa depan yang menantang,
penuh petualangan dan yang menyenangkan
kerana aku diizinkan tuhan melewati hari-hariku
dengan masa depan.

Kubuka mata pagi ini,
aku ingat bahawa hari ini aku akan bertemu
dengan banyak kebahagiaan bersama murid-muridku …
ya..aku seorang guru …
dan untuk itu aku bersyukur pada Tuhan setiap pagi …
setiap hari.

Aku menyentuh masa depan…
kerananya aku menjadi guru!

Adaptasi dari John Wayne Schlatter dalam Chicken Soup For Teacher, Seoul.



Diambil dr group wajip di Fb....oleh: Saudara Syed Faqih Al-alawi

No comments:

Post a Comment