SEJARAH
Salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari fikiran, pemahaman dan evaluasi. Ia seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan kanak-kanak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya6.
Salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari fikiran, pemahaman dan evaluasi. Ia seorang psikologi yang terkenal dengan teori belajar sosial atau kognitif sosial serta efikasi diri. Eksperimennya yang sangat terkenal adalah eksperimen Bobo Doll yang menunjukkan kanak-kanak meniru seperti perilaku agresif dari orang dewasa disekitarnya6.
Teori Pembelajaran Sosial yang dikemukakan oleh Bandura
telah memberi penekanan tentang bagaimana perilaku manusia dipengaruhi oleh
persekitaran melalui peneguhan (reinforcement) dan pembelajaran peniruan
(observational learning), dan cara berfikir yang ki ta miliki terhadap sesuatu
maklumat dan juga sebaliknya, iaitu bagaimana tingkah laku kita mempengaruhi
persekitaran dan menghasilkan peneguhan (reinforcement) dan peluang untuk
diperhatikan oleh orang lain (observational opportunity)
Menurut Bandura proses mengamati dan meniru perilaku dan
sikap orang lain
sebagai model merupakan tindakan belajar.
sebagai model merupakan tindakan belajar.
Bandura (1977) menyatakan bahawa "Learning would be
exceedingly laborious, not to mention hazardous, if people had to rely solely
on the effects of their own action to inform them what to do. Fortunately, most
human behaviour is learned observationally through modelling: from observing
others one form an idea of her new behaviour are performed, and on later
occasion this coded information serves as a guide for action".
Teori Bandura menjelaskan perilaku manusia dalam konteks
interaksi timbal balik yang berkesinambungan antara kognitif, perilaku dan
pengaruh lingkungan. Keadaan lingkungan sekitar individu sangat berpengaruh
pada pola belajar sosial jenis ini. Contohnya, seorang yang hidupnya dan
dibesarkan di dalam lingkungan judi, maka dia cenderung untuk memilih bermain judi,
atau sebaliknya menganggap bahawa judi itu adalah tidak baik.
Teori belajar ini juga dikembangkan untuk menjelaskan
bagaimana seseorang belajar dalam keadaan atau lingkungan sebenarnya. Bandura
(1977) menghipotesiskan bahawa tingkah laku (B), lingkungan (E) dan kejadian
-kejadian internal pada pelajar yang mempengaruhi persepsi dan aksi (P) adalah
merupakan hubungan yang saling berpengaruh ata u berkaitan (interlocking).
menurut Albert Bandura lagi, tingkah laku sering dievaluasi, iaitu bebas dari
timbal balik sehingga boleh mengubah kesan-kesan personal seseorang. Pengakuan
sosial yang berbeza mempengaruhi konsepsi diri individu.
Hubungan yang aktif dapat mengubah aktiviti seseorang.
Seterusnya, menurut Bandura (1982), penguasaan kemahiran dan pengetahuan yang
kompleks tidak hanya bergantung pada proses perhatian, motor reproduksi dan
motivasi, tetapi juga sangat dipengaruhi oleh unsur -unsur yang berdasarkan
dari diri pelajar sendiri iaitu sense of self Efficacy dan self-regulatory
system. Sense of self efficiancy adalah keyakinan pembelajar bahawa ia dapat
menguasai pengetahuan dan keterampilan sesuai seperti yang berlaku.
CIRI-CIRI TEORI PEMODELAN BANDURA
1. Unsur pembelajaran utama
ialah pemerhatian dan peniruan.
2.
Tingkah laku model boleh dipelajari melalui bahasa,
teladan, nilai dan lain -lain.
3.
Pelajar meniru sesuatu kemahiran daripada kecekapan
demontrasi guru sebagai model.
4.
Pelajar memperoleh kemahiran jika memperoleh kepuasan dan
peneguhan yang berpatutan.
5. Proses pembelajaran
meliputi pemerhatian, peringatan, peniruan dgn tingkah laku atau gerak balas yg sesuai, diakhiri dengan
peneguhan positif.
PRINSIP – PRINSIP ASAS PENGAJARAN SOSIAL
a.
Pembelajaran setiap individu dapat dilakukan melalui
pemerhatian tingkah laku orang lain atau permodelan.
b.
Perubahan tingkah laku mungkin akan berlaku ataupun tidak
akan berlaku dalam proses pembelajaran.
c.
Proses pembelajaran menekankan peranan yang dimainkan oleh perkembangan
kognitif individu
yang terlibat.
d.
Teori pembelajaran sosialis akan dijadikan sebagai
perantaraan teori pembelajaran behavioris dan teori pembelajaran kognitif.
PRINSIP/ KONSEP
Model pembelajaran sosial adalah pendekatan pembelajaran yang
menekankan hubungan individu dengan masyarakat atau orang lain. Model
pembelajaran ini difokuskan pada peningkatan kemampuan individu dalam
berhubungan dengan orang lain, terlibat dalam proses demokratis dan bekarja
secara produktif dalam masyarakat.
Selain itu, model sosial ini juga direka cipta adalah bertujuan
untuk membantu pelajar bekerjasama dengan individu lain secara produktif dan
bagaimana dapat berfungsi sebagai ahli kumpulan atau pasukan. Selain , itu,
model ini juga dapat membantu memperkembangkan perspektif individu dalam
memperjelas dan mengembangkan idea-idea. Secara tidak lansung, permikiran
seseorang itu akan lebih terbuka kepada idea-idea orang lain. Dalam model ini
juga lebih menekankan kepada penyiasatan dan penerokaan secara berkumpulan.
Antara model-model yang terkandung dalam model sosial,ialah
pembelajaran koperatif,main peranan dan simulasi.
1. PEMBELAJARAN KOPERATIF
a.
APA DIA PENGAJARAN PEMBELAJARAN SECARA KOPERATIF?
Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran yang menerangkan tentang bagaimana seorang murid dapat melakukan aktiviti secara berkumpulan dan cara untuk memperoleh kerjasama. Oleh itu, murid akan dapat mempelajari cara belajar secara kerjasama dalam kumpulan berbagai kebolehan, iaitu selain dapat mengeratkan silaturahim, ia juga dapat memperoleh cadangan yang berlainan dengan adanya perbincangan. Sebab itulah ia dikatakan belajar secara berkumpulan dapat memperoleh kebolehan. Kebolehan yang diterangkan ialah kebolehan berfikir murid tersebut.
Pembelajaran koperatif merupakan pembelajaran yang menerangkan tentang bagaimana seorang murid dapat melakukan aktiviti secara berkumpulan dan cara untuk memperoleh kerjasama. Oleh itu, murid akan dapat mempelajari cara belajar secara kerjasama dalam kumpulan berbagai kebolehan, iaitu selain dapat mengeratkan silaturahim, ia juga dapat memperoleh cadangan yang berlainan dengan adanya perbincangan. Sebab itulah ia dikatakan belajar secara berkumpulan dapat memperoleh kebolehan. Kebolehan yang diterangkan ialah kebolehan berfikir murid tersebut.
Selain itu,
murid juga berlajar cara untuk berinteraksi dan saling membantu dalam aktiviti
pembelajaran. Perkara ini dapat mengeratkan lagi silaturahim dikalangan pelajar
dan akan memperolehi kerjasama yang kuat. Selain itu, pembelajaran ini juga
bertujuan untuk mencapai kemajuan dan prestasi cemerlang. Tambahan pula, dengan
membuat kerja dalam berkumpulan, murid dapat melibatkan diri secara aktif dan
bekerjasama dalam pembelajaran kumpulan, murid juga bertanggung jawab terhadap
diri dan kumpulan (5-6 orang)
b.
UNSUR ASAS DALAM PEMBELAJARAN KOPERATIF
·
Saling bergantung antara satu sama lain secara positif
·
Saling berinteraksi secara bersemuka
·
Tanggungjawab individu
·
Kemahiran sosial
·
Pemprosesan pasukan
c.
FALSAFAH PEMBELAJARAN KOPERATIF
Menurut falsafah
pembelajaran koperatif, pembelajaran ini berasaskan pengalaman bagi seseorang
individu . pengalaman yang dimaksudkan ialah apabila membuat kerja secara
individu, Pelajar akan dapat mengimbau kembali pengalaman membuat kerja yang
dilakukan secara berkumpulan dan dapat melaksanakan kerja individu dengan
mudah. Selain itu, pembelajaran koperatif juga mengintergrasikan pembelajaran
masteri, mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai, kemahiran berfikir,
kemahiran berkomunikasi, selain dari mengukuhkan kemahiran sosial
d.
TOKOH-TOKOH PEMBELAJARAN KOPERATIF
Pembelajaran koperatif
adalah suatu strategi pengajaran di mana pelajar-pelajar saling membantu di
antara satu sama lain di dalam kumpulan kecil yang mempunyai matlamat bersama
dan pembelajaran koperatif juga merupakan pembahagian pelajar ke dalam kumpulan
kecil memudahkan guru-guru sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. (Menurut
Effandi Zakaria (1998))
Selain itu
pembelajaran koperatif juga mempunyai beberapa cara pembelajaran koperatif telah
diperkembangkan oleh tokoh-tokoh pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teamsgames-
tournaments), STAD (Students Teams- Achievement Division), Belajar Bersama
(Learning together), Permainan Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat
(Round Table). Pembelajaran ini juga dapat menggalakkan murid berinteraksi
secara aktif dan positif dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan
pemeriksaan idea sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan
falsafah konstruktivisme.
e.
KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN-PEMBELAJARAN
1.
PEMUDAHCARA
Ø
Proses memudahkan sesuatu tindakan,
Ø
Kemahiran memotivasikan murid,
Ø
Membimbing murid menjalani aktiviti pembelajaran dengan
lancar,
lancar,
Ø
Kemahiran lisan dan
bukan lisan, teknik menyoal dan bakat
kepimpinan,
kepimpinan,
Ø
Sesuai untuk aktiviti kumpulan,
Ø
kemahiran teknik menyoal, tunjuk cara, penerangan dll,
Ø
Teknik pemudahcaraan – perbincangan, perbahasan,
seminar, forum, sumbangsaran, sesi buzz dll.
seminar, forum, sumbangsaran, sesi buzz dll.
2.
PERBINCANGAN
Ø
Aktiviti perbualan di antara guru dan murid-murid dalam
kelas,
Ø
Bertukar-tukar fikiran/idea dan berkongsi maklumat
Ø
Peranan guru sebagai penyelia/pemudahcara
Ø
Mengemukakan topik perbincangan dan soalan,
Ø
Galakkan murid main peranan aktif dalam memberi
pandangan,
pandangan,
Ø
Guru memberi panduan / bimbingan
Ø
Guru atau murid membuat rumusan
Ø
Perbincangan seluruh kelas atau perbincangan
kumpulan.
kumpulan.
3.
BERCERITA
Ø
Satu kaedah mengajar yang boleh menarik minat murid belajar
Ø
Isi disampaikan dengan kaedah bercerita
Ø
Kemahiran bercerita adalah diperlukan guru
Ø
Pelbagai gaya bercerita boleh digunakan untuk
penyampaian pengajaran
penyampaian pengajaran
Ø
Secara lisan, melalui pita rakaman, melalui
patung-patung, melalui pita video, VCD,
komputer dsb.
patung-patung, melalui pita video, VCD,
komputer dsb.
4.
BERMAIN
Ø
Melakukan aktiviti berpura-pura dibawah keadaan terkawal,
Ø
Aktiviti permaianan memberi peluang kepada kanak-kanak
mengembangkan potensi jasmani, intelek, rohani dan sosial
Ø
Menghilangkan bosan dan menggalakkan keseronokan belajar
Ø
Biasanya dijalankan sebagai aktiviti pengukuhan, pengayaan
dan pemulihan.
Ø
Permainan bahasa, kuiz, teka teki, silang kata,
penyelesaian masalah, memadan, demonstrasi dsb.
Ø
Individu,
berpasangan, kumpulan & secara kelas.
5.
CARA (DEMONSTRASI)
·
Satu teknik pengjaran dan pembelajaran yang melibatkan kemahiran
guru melakukan tunjuk cara,
·
Tunjuk cara melibatkan aktiviti penerangan dan demonstrasi
guru bersama aktiviti pendengaran, penglihatan dan percubaan murid.
·
Sebelum demonstrasi – topik, objektif, alatan, radas,
tujuan demonstrasi.
·
Semasa demonstrasi – guru memandang murid, menerangkan,
menyoal, murid melihat dsb.
·
Selepas demonstrasi – bincangkan bahagian demonstrasi yang
penting, tujuan demonstrasi dan aktiviti pengukuhan.
·
Jenis-jenis tunjuk cara – model hidup, model simbolik dan
model persepsi.
·
Model hidup – model sebenar contoh demonstrasi guru dalam
bermain alat muzik,
·
Model simbolik – berlandaskan langkah-langkah secara
bertulis contoh murid-murid mengikuti langkah-langkah yang dihuraikan dalam
resepi untuk membuat kuih.
·
Model persepsi – penggunaan video contoh menggerakkan
tangan semasa berlari 100m. Gerakan tangan secara perlahan melalui video
f.
STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF
v
Team Interview - Team Project
v
Fan-N-Pick - Rally Robin
v
Round Robin - Rally Table
v
Round Table - Simultaneous Round
v
Table - Talking Chips
v
Show Down - Trade-A-Problem
v
Line Ups -Team Word-Web
v
Gallery Tour - Think-Pair-Share
v
Team Statement - Traveling File
v
Rotating Review - Mendeklamasikan sajak / pantun/ menyanyi
lagu
No comments:
Post a Comment