1. MAIN PERANAN
a.
Konsep
Pembelajaran main peranan
merupakan satu teknik mengajar dalam bilik darjahyang dilakukan oleh guru dan
murid semasa sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pembelajaran main
peranan mengajarkan kepada murid tentang lakonan spontan yang melibatkan
sekumpulan murid tanpa menggunakan sebarang skrip iaitu murid akan diberikan
satu situasi atau keadaan dan murid akan melakonkannya secara spontan dengan
menggunakan skrip sendiri.
Selain itu pembelajaran main peranan ini juga menggambarkan keadaan yang berlainan misalnya, murid membayangkan sesuatu situasi yang timbul, kemudian melakonkannya mengiut situasi yang dibayangkan dengan secara spontan.

b.
Tujuan
Pembelajaran main peranan
ini adalah bertujuan untuk membantu murid-murid memahami tingkah laku sosial
,peranan mereka dalam interaksi sosial dan cara-cara menyelesaikan masalah
dengan berkesan. Selain itu, dapat meningkatkan lagi daya permikiran yang
matang dikalangan murid-murid ketika hendak menyelesaikan sesuatu masalah yang
dihadapi.
Tujuan yang
lain ialah dapat mengukuhkan kemahiranpertuturan dan melatih diri untuk
berfikir secara spontan supaya dapat menyelesaikan masalah secepat mungkin
dalam situasi yang terkawal dan terancang.pembelajaran ini juga dapat membantu
mereka mengumpul serta mengurus maklumat mengenai isu-isu sosial, megembangkan
sifat empati terhadap orang lain, dan boleh menambahbaikkan kemahiran sosial
mereka.
Yang terakhir
adalah bertujuan untuk membolehkan pelajar memahami lebih mendalam akan tujuan,
sikap dan tingkah laku orang lain dalam situasi yang sebenar.
c.
Contoh aktiviti
-
Mata Pelajaran : Sains/Pendidikan Moral
-
Tajuk : Cara haiwan melindungi dirinya dengan hidup
berkelompok.
-
Watak-watak : Harimau, anak kerbau dan sekumpulan kerbau
2.
SIMULASI
a.
KONSEP
Simulasi berasal dari kata simulate yang artinya berpura-pura atau berbuat seakan-akan. Sebagai metode mengajar, simulasi dapat diartikan cara penyajian pengalaman belajar dengan menggunakan situasi tiruan untuk memahami tentang konsep, prinsip, atau keterampilan tertentu.

Model
pembelajaran simulasi merupakan model pembelajaran yang membuat suatu peniruan
terhadap sesuatu yang nyata, terhadap keadaan sekelilingnya (state of affaris)
atau proses. Model pembelajaran ini dirancang untuk membantu siswa mengalami
bermacam-macam proses dan kenyataan sosial dan untuk menguji reaksi mereka,
serta untuk memperoleh konsep keterampilan pembuatan keputusan.
b.
TUJUAN
Model pembelajaran ini diterapkan didalam dunia pendidikan dengan tujuan mengaktifkan kemampuan yang dianalogikan dengan proses sibernetika. Pendekatan simulasi dirancang agar mendekati kenyataan dimana gerakan yang dianggap kompleks sengaja dikontrol, misalnya, dalam proses simulasi ini dilakukan dengan menggunakan simulator.Model pembelajaran simulasi bertujuan untuk:

1.
melatih keterampilan tertentu baik bersifat profesional
mahupun bagi kehidupan seharian
2.
memperoleh pemahaman tentang suatu konsep atau prinsip
3.
melatih memecahkan masalah
4.
meningkatkan keaktifan belajar
5.
memberikan motivasi belajar kepada murid
6.
melatih murid untuk mengadakan kerjasama dalam situasi
kelompok
7.
menumbuhkan daya permikiran kreatif dan kritis di kalangan
murid
8.
melatih murid untuk mengembangkan sikap toleransi.
c.
LANGKAH-LANGKAH SIMULASI / TIRUAN
Proses peniruan melalui empat langkah tertentu, iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi.
Proses peniruan melalui empat langkah tertentu, iaitu pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan motivasi.
Langkah-langkah
proses peniruan Pengaplikasian dalam P&P
1.
Pemerhatian (Attention)
iaitu apabila seseorang ingin meniru perlakuan
model, mula-mula dia akan perhatikan model tersebut dan cuba mengingat langkah-langkah yang dilaksanakan oleh model tersebut. Subjek harus memberi tumpuan kepada tingkahlaku model untuk membolehkannya mempelajarinya. Sama ada subjek memberi perhatian atau tumpuan tertakluk
kepada nilai, harga diri , sikap, dan lain-lain yang dimiliki.
Contohnya, seorang pemain muzik yang tidak yakin diri mungkin meniru tingkahlaku pemain muzik terkenal sehingga tidak mewujudkan stailnya yang tersendiri.Bandura & Walters (1963) dalam buku mereka "Social Learning & Personality Development" menekankan bahawa hanya dengan memerhati seorang lain pembelajaran boleh berlaku

Penyimpanan (Retention),
iaitu langkah-langkah perlakuan model akan
disimpan dalam ingatan oleh pelajar. Subjek yang memerhati harus mengenkod peristiwa itu dalam sistem ingatannya. Ini membolehkan subjek melakukan peristiwa itu kelak bila diperlukan atau diingini.

Pengeluaran, (Repr oduction) - iaitu tingkah laku yang
ditiru diperlihatkan dalam
situasi yang sesuai. Setelah mengetahui atau mempelajarai sesuatu tingkahlaku,
subjek juga mesti mempunyai kebolehan mewujudkan atau menghasilkan apa yang
disimpan dalam bentuk tingkahlaku. Sebagai contoh, memandu kereta, bermain
tenis. Bagi sesetengah tingkahlaku kemahiran motor diperlukan untuk mewujudkan komponen-komponen
tingkahlaku yang telah diperhatikan
d.
PROSES-PROSES SIMULASI / TIRUAN
Proses-proses yang
terlibat dalam teori pembelajaran peniruan adalah:
-
Proses dalam Teori
Pembelajaran Tiruan. Contoh-contoh Aktiviti
1.
Proses tiruan mudah, iaitu meniru secara langsung.
-Contohnya, guru mendemonstrasi cara membuat melakukan promosi ketika mengajar
mata pelajaran Perdagangan tingkatan 4, di mana memerlukan pergerakan sebagai watak
‘promoter/ penjual yang sedang mempromosikan produk dengan menggunakan iklan
secara jualan langsung dan pelajar meniru secara langsung.

Proses tiruan melalui sekatlakuan dan taksekatlakuan.
Contohnya, kanak-kanak meniru perlakuan bersorak di padang, jadi perlakuan bersorak adalah tak sekat lakuan di padang. Tetapi jika kanak-kanak tersebut bersorak dalam kelas semasa guru sedang mengajar, tentulah guru akan memarahinya dan diberi tahu
perlakuan yang ditirunya tidak dibenarkan dalam keadaan tersebut. Jadi perlakuan tersebut menjadi sekat lakuan dalam situasi tersebut.

Proses tiruan melalui elisitasi
Proses ini timbul apabila kita melihat perlakuan orang lain.Contohnya, kita melihat rakan-rakan sebaya yang pergi ke pusat tuisyen, lalu timbul keinginan dalam diri untuk membuat perlakuan yang sama. Maka keinginannya untuk meniru timbul setelah melihat rakan-rakannya melakukan perlakuan tersebut.

Penyampaian
guru hendaklah cekap dan menarik agar dapat menjadi role model kpd pelajar.
Semasa membentangkan proses P&P, guru boleh dikatakan modelling dengan
Demontrasi guru hendaklah jelas serta menarik agar pelajar dapat meniru dengan
cepat. Hasilan guru daripada kraftangan, lukisan atau Bahan Bantu Mengajar
(BBM) hendaklah bermutu tinggi. Sebagai contoh, guru membuat origami berbentuk
sebuah kapal terbang daripada kertas sebagai BBM dalam subjek Perdagangan
Tingkatan 4 dibawah subtopik Pengangkutan udara. Pelajar-pelajar akan timbul
minat untuk melihat dan menjana pemikiran kreatif terhadap penghasilan yang
lebih baik berbanding yang telah guru pamerkan. Pelajar-pelajar akan mempunyai
kecenderungan meniru guru mereka dan menganggap guru sebagai role model.
2.
Selain
itu, guru boleh menggunakan rakan sebaya yang cemerlang sebagai model. Cara ini
boleh dilakukan dengan melakukan pembelajaran secara pembelajaran koperatif
yang merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid dari pelbagai
kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang
sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan
sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain. Melalui
pembelajaran koperatif, para pelajar akan meniru setiap gaya rakan-rakan mereka
yang terbaik dan cemerlang sebagai role model.
3.
Guru
boleh mengajar nilai murni dan watak bersejarah dengan teknik main peranan dan
simulasi. Sebagai contoh, guru memulakan set induksi dengan sebuah cerita. Semasa
bercerita, guru turut melakonkan watak dengan gaya dan mimik muka yang menarik
perhatian para pelajar untuk mendengarnya.
4.
Memberi
peneguhan yang positif selepas reproduksi. Menyediakan situasi pembelajaran
tanpa gangguan. Menarik perhatian murid dengan motivasi yang sesuai. Setiap
pelajar yang dapat menyelesaikan masalah semasa aktiviti di dalam kelas
dijalankan atau latihan pengukuhan. Apabila pelajar yang dapat menyelesaikan
dengan cemerlang akan diberikan hadiah seperti pujian, tanda simbol bintang di
buku / kertas latihan (simbol baik) ,coklat atau pen dan lain-lain yang
diberikan secara berterusan. Oleh itu, pelajar-pelajar akan bersaing dengan
meniru pelakuan dan tingkah laku di persekitarannya yang mempunyai ciri-ciri
sebagai pelajar cemerlang. Pembelajaran akan berlaku secara positif dan pelajar
berlumba-lumba menjadi yang terbaik. Melalui peneguhan yang positif akan
menimbulkan semagat motivasi dalam setiap diri pelajar.
IMPLIKASI MODEL PENGAJARAN SOSIAL TERHADAP PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Peniruan melalui main peranan dan simulasi. Pelajar dapar meniru
tingkah laku positif secara tidak lansung yang ditonjolkan oleh watak-watak
dalam main peranan dan simulasi. Oleh yang demikian, main peranan dalam situasi
bilik darjah perlu menggunakan situasi realistik.
Selain itu, peranan guru sebagai rol model harus memastikan
dan mempunyai tingkah laku serta perwatakan yang positif supaya pelajar dapat
menirunya. Antara cirri yang perlu ada pada guru termasuklah cara pertuturan,
cara berpakaian, ketepatan masa, personality dan konsep kendiri. Guru
seharusnya mempamerkan perwatakan yang baik serta menunjukkan minatnya dalam
mengajar mata pelajaran.
Akhir sekali, implikasi yang dapat diterangkan ialah
peniruan juga boleh dilakukan secara tidak lansung melalui televisyen dan
filem. Maka, guru boleh menasihati pelajar tentang program yang sesuai ditoton
dan tidak sesuai ditonton oleh mereka.
trengthness /
Kekuatan
1. Model sosial dapat
mengembangkan kreativiti murid-murid kerana mereka dapat melakukan sesuatu atau
memain peranan dalam sesuatu berkaitan tajuk yang disimulasikan kepada mereka.
2. Model ini dapat dijadikan
bekal kepada murid-murid dalam situasi sebenar pada masa akan datang dalam
keluarga, masyarakat mahupun kehidupan seharian dan kerjaya mereka.
3. Melalui model ini,
murid-murid dapat menambah minat mereka terhadap proses pembelajaran dan
berusaha untuk memberikan tumpuan semasa pembelajaran dan menerima input yang
berguna dan ilmu yang dipelajari pada hari tersebut.
4. Model ini juga memupuk
keberanian dan keyakinan dalam diri pelajar apabila melakukan sesuatu aktiviti
sebagai contoh membaca petikan secara kuat dalam kelas.
5. Melalui pembelajaran
sosial juga, murid-murid dapat memperkaya pengetahuan dan sikap mereka semasa
berhadapan dalam sesuatu situasi sosial.
Weakness /
Kelemahan
1. Pengalaman yang diperorleh
oleh seseorang murid itu tidak semestinya tepat dan sesuai dengan kenyataan di
lapangan. Hal ini kerana semasa proses pembelajaran murid-murid tidak mempunyai
pengalaman sedia ada berkaitan tajuk pembelajaran dan ini memungkinkan mereka
tidak aktif semasa proses pembelajaran berlaku dan tidak dapat mengembangkan
idea mereka.
2. Model pembelajaran ini
juga kelihatan lemah kerana sikap murid-murid yang merasa malu dan takut
membuatkan mereka tidak dapat menguasai dan tidak sesuai untuk menjalanni
pembelajaran sosial dengan mudah.
3. Perancangan yang salah
juga menjadi punca kelemahan model ini. Hal ini kerana guru mengajarkan lebih
kepada teknik hiburan seperti nyanyian sehingga tujuan utama pembelajaran pada
hari tersebut gagal dicapai.
Opportunities /
Peluang
1. Murid-murid akan lebih
yakin apabila terdapat persaingan untuk melakukan sesuatu perkara dan peluang
untuk mereka mendapatkan sesuatu yang lebih tinggi.
2. Peluang murid-murid untuk
berdikari dapat dilakukan dan mereka sendiri dapat meningkatkan daya kreativiti
yang ada supaya dapat melakukan sesuatu dengan lebih baik dan sempurna.
3. Memberi ruang kepada
pelajar untuk menambah ilmu pengetahuan semasa pembelajaran berlaku dan dapat
berfikir dengan lebih baik serta mampu bekerjasama dalam kumpulan dan bersosial
dengan orang sekeliling mereka.
Threats /
Ancaman
1. Dalam model ini, ancaman
akan berlaku apabila murid-murid melakukan peniruan setiap yang dilakukan tanpa
melihat kesan yang akan berlaku terhadap perlakuan yang dilakukan sama ada baik
atau buruk.
2. Melalui model ini,
murid-murid tidak mempunyai jati diri atau idea sendiri kerana terbiasa dengan
peniruan yang ditunjukkan tanpa menggunakan idea baharu atau melakukan sesuatu
tindakan yang baru berkaitan dengan peniruan yang dilakukan.
3.
Murid-murid akan mendapat masalah sekiranya mereka diajar
melalui peniruan orang yang tidak dipercayai kerana mereka akan terikut-ikut
dengan perlakuan yang dilakukan dan seterusnya melakukan peniruan kerana
melihat kepada model yang ditunjukkan kepada mereka untuk ditiru.
4.
Melalui pergaulan, gejala sosial yang negatif akan berlaku
melalui pergaulan antara pelajar lelaki dan perempuan dalam aktiviti
berkumpulan sekiranya guru tidak memainkan peranan yang baik dalam aktiviti
tersebut.
No comments:
Post a Comment