" Pemikiran ialah proses menggunakan minda
untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, menerokai pelbagai
kemungkinan idea dan ciptaan dan membuat pertimbangan yang wajar, bagi membuat
keputusan dan menyelesaikan masalah dan seterusnya membuat refleksi dan
metakognitif terhadap proses yang dialami. "
Tujuan KBKK
- mendapat latihan berfikir secara kritis dan kreatif untuk
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dengan bijak
- mengaplikasikan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran berfikir
secara lebih praktik sama ada dalam atau luar sekolah
- menghasilkan idea atau ciptaan yang kreatif dan inovatif
- mengatasi kesilapan berfikir yang terburu-buru, bercalaru,
kabur dan sempit
- meningkatkan aspek kognitif dan afektif, dan seterusnya
perkembangan intelek mereka
- bersikap terbuka dalam menerima dan memberi pendapat, membina
keyakinan diri untuk memberi hujjah, membuat pertimbangan berdasarkan
alasan dan bukti, serta berani memberi pandangan dan kritik.
Kesilapan Dalam Berfikir dan Cara Mengatasi
i. Berfikir secara terburu-buru
- beri masa untuk berfikir
ii.Fikiran yang sempit
- aktiviti perbahasan, perbincangan dan sumbangsaran
- latihan menggunakan penyusun grafik banding beza
iii. Fikiran yang kabur
- latih pelajar memperjelaskan sesuatu idea dalam bentuk
penulisan
- latih membuat definisi dasarkan kategori dan ciri-ciri
sesuatu objek/perkara
- membuat kerangka karangan
iv. Fikiran yang bercelaru
- Latih pelajar menyusun idea dengan lebih sistematik dalam
lisan dan penulisan
- menyusun isi-isi penting untuk karangan
- carta aliran
Perbezaan Antara Otak Dan Minda
- otak = organ yang terletak pada bahagian kepala yang mempunyai
sistem-sistem tertentu
- minda = kualiti pemikiran yang dihasilkan oleh otak berkenaan
- otak ---> pisau , minda ---> ketajaman mata pisau
- pisau perlu sentiasa diasah agar penggunaannya berkesan
- hemesfera otak kiri (HOKI) ---> kritis
- hemesfera otak kanan (HOKA) ---> kreatif
- kedua-duanya perlu dikembangkan melalui rangsangan, bahan dan
aktiviti berfikir dalam p & p.
Jenis Kemahiran Berfikir
v pelbagai
jenis kemahiran berfikir
analitikal, logikal, kritikal, objektif,
sistematik, pragmatik, positif, negatif, konstruktif, proaktif, projektif,
kreatif, perspektif, lateral, emotif dsb.
v
secara amnya KB dibahagikan kepada 2
domain utama:
o
KB secara kritis
o
KB secara kreatif
KB secara kritis = " kecekapan dan keupayaan
menggunakan minda untuk menilai kemunasabahan atau kewajaran sesuatu idea,
meneliti kebernasan, kebaikan dan kelemahan sesuatu hujah dan membuat
pertimbangan yang wajar dengan menggunakan alasan dan bukti yang munasabah "
contoh KB kritis :
- banding beza
- membuat kategori
- teliti bahagian kecil dan keseluruhan
- membuat sekuens
- menerang sebab
- membuat ramalan
- usul periksa andaian
- membuat inferens
- mengesahkan sumber maklumat
KB secara kreatif = " kecekapan atau keupayaan
menggunakan minda untuk menerokai pelbagai kemungkinan menggunakan minda untuk
menerokai pelbagai kemungkinan menghasilkan sesuatu yang baru, asli dan
bernilai sama ada bersifat maujud, abstrak, idea atau gagasan "
contoh KB kreatif :
- menjana dan menghasilkan idea yang pelbagai
- mencipta analogi
- mencipta metafora
- kemahiran-kemahiran lain:
- kemahiran membuat keputusan
- kemahiran menyelesaikan masalah
Jenis Bahan
Yang Digunakan
Ø Bahan merupakan rangsangan yang
digunakan untuk melatih /mewujudkan suasana berfikir dikalangan pelajar
Ø Bahan boleh berbentuk :
i. Prosa -
cerita, cerpen, rencana, berita
ii. Puisi -
pantun, syair, sajak, lirik lagu
iii. Grafik -
gambar, rajah, graf, kartun
Ø
Semua bahan tersebut boleh dibahagikan kepada 4 kategori:
i. Bahan
seronok - menggalakkan pelajar menggunakan banyak daya imaginasi yang
memerlukan pelajar membuat ramalan yang berbagai-bagai
"
bagaimana jari anda ada 5 "
ii. Bahan
asing - bahan yang berlaku tetapi di luar pengalaman remaja/pelajar. Bahan ini
datang dari dunia orang dewasa.
" Bagaimana
cara nak menyekat pemuda yang menunggang motor dengan laju "
iii. Bahan
persekitaran - bahan datang dari dunia remaja yang mereka alami dan gemari.
" Kamu
tahu kawan kamu mengambil makanan dari kantin tanpa membayarnya. Apa yang kamu
akan lakukan ? "
iv. Bahan
berat - Bahan yang mempunyai implikasi serius pada kehidupan remaja.
" Kamu
ingin masuk kumpulan rock, tapi ibubapa kamu menentang. Apa yang patut kamu
buat ? "
Ø Bahan ini hendaklah digunakan
mengikut tujuan/objektif, isi pelajaran serta KB yang hendak diajar
Bagaimana KBKK Diajar
ü
KBKK bukan satu mata pelajaran khusus ( Dr. De Bono
merancang satu sukatan khas untuk KBKK )
ü
Ia diajar secara
penyebatian
o
Penyebatian = strategi pengajaran yang menyepadukan
kemahiran berfikir ke dalam mata pelajaran yang diajar.
o
2 kaedah penyebatian :
1. Penyebatian sepenuhnya : KBKK
disepadukan secara menyeluruh dalam setiap langkah pengajaran yang
dikenalpasti. Terdapat 2 cara :
a) kenalpasti
tajuk/isi pelajaran dan bahan seterusnya tentukan KBKK
b) kenalpasti
KBKK dan tentukan isi pelajaran yang sesuai serta bahan
2. Penyebatian separa : strategi
pengajaran yang menyepadukan sebahagian daripada unsur KBKK dalam langkah-langkah
pengajaran yang sesuai
§
unsur KBKK hanya disepadukan dalam langkah-langkah
tertentu sahaja mengikut keperluan dan kesesuian
§
penyebatian separa
biasanya setelah pelajar telah mengikut penyebatian sepenuhnya dalam
pembelajaran yang lepas.
ü
Proses berfikir berlaku dalam dua tahap :
i. apabila minda membuat persepsi
ii. dengan persepsi, minda
melakukan pemprosesan logikal
ü
mengajar berfikir juga beerti mengajar pelajar membuat
persepsi, i.e menajam dan mendalamkan daya persepsi
ü
kemahiran berfikir berbeza dengan kemahiran membuat
ü
KB hanya melibatkan pen dan kertas sahaja, walaupun dalam
kemahiran reka cipta
ü
apa yang penting ialah proses berfikir untuk mengeluarkan
sesuatu idea, yang kemudiannya diwakilkan dalam bentuk lukisan, reka cipta :
- konkrit - teknikal spt membina
sesuatu model
- abstrak - spt merancang/merangka
strategi, taktik
Ciri-Ciri Pemikir Yang Bijak/Baik
·
cekal melaksanakan tugas
·
mendengar secara aktif/pendengar yang baik
·
bekerjasama dengan orang lain
·
jujur dan terbuka ( menerima pandangan orang lain )
·
peka dengan fikiran sendiri serta dapat menjelaskan
langkah-langkah dan sekuen yang digunakan
·
mahir dalam menyoal
·
dapat mengubahsuai konsep dan kemahiran dalam pelbagai
situasi yang berlainan
·
sifat ingin tahu dan inisiatif yang tinggi
·
kesediaan mengambil risiko dan cabaran
·
Reflektif
·
Kurang impulsif
·
Ingin tahu
·
Tidak mudah putus asa
·
Asertif
No comments:
Post a Comment