Terkini di WaJIP

Terkini di WaJIP

Info & Isu Terkini WaJIP

Sebarang info terkini mahupun isu-isu semasa akan dipaparkan disini untuk perkongsian bersama. Terima Kasih.

Monday, 30 January 2012

JUBLI PERAK O... JUBLI PERAK

tolak tarik terpaksa kami
nak tolak terhumbang kami
tahun 2012 tahun kami
Karnival Prasekolah memeningkan kami

Jubli Perak hampir tiba, so banyak banyaklah perkara yang bakal dilakukan oleh mereka yang terlibat... kami budak2 prasekolah juga tidak ketinggalan terlibat dengan Jubli Perak ini. Oleh kerana hanya kami yang senior Prasekolah disini, jadi terpaksalah kami memikil amanat untuk menjayakan Karnival Prasekolah yang bakal diadakan pada 06/03/2012, itupun kalau tidak ditunda lah... Oleh hal demikian, kepada semua senior2 yang telah terlibat dengan Karnival ini harap memberi pertolongan kepada kami, walaupun berjauhan kerana kami tidak mempunyai pengalaman dalam pelaksanaan Karnival ini.

Antara aktiviti yang bakal dijalankan, ialah ;

  1. Perlawanan Bola Sepak = Jurulatihnya Khalil (ketua) dan Zainal ( N. ketua ) serta semua lelaki prasekolah.
  2. Perlawanan Netball = Jurulatihnya Bung(ketua) dan Liza (penolong) serta semua perempuan prasekolah
  3. Senam tari = Azam dan Syahir (pegubah lagu) serta Mina ( ketua )
kepada semua ketua harap akan dapat melakukan yang terbaik kerana kita akan bertanding dengan semua prasekolah yang terdapat di Kuala Lipis. harap dapat menaikkan dan mengharumkan nama Prasekolah kita, kerana kita telah menjadi tuan rumah Karnival kali ini.

kepada nama2 yang tidak ada itu, anda semua perlu bersiap sedia untuk dipanggil oleh ketua2 aktiviti untuk membantu melaksanakan latihan pada tarikh yang akan ditetapkan. Anda juga perlu bersedia untuk dipanggil bagi melakukan persediaan tempat bagi pelaksanaan Karnival ini, jikalau diperlukan. 

Kepada senior sila beri cadangan dan komen kepada kami agar kami dapat melakukan yang terbaik untuk menjayakan Karnival yang julung-julung kalinya buat kami. 

cari semut cari sapi
tangkap semut lepas sapi
kepada semua senior kami
harap sudi bantu kami

Tuesday, 24 January 2012

SELAMAT TAHUN BARU CINA


selamat tahun baru cina diucapkan kepada semua warga JIP amnya dan kepada kaum cina khususnya. Maaflah kerana lambat mengucapkan selamat, namun harap warga semua berseronok sepanjang cuti ini. Kepada kaum cina jangan lupa bawa angpau dan limau bila balik ke IPG...

Thursday, 20 October 2011

Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2011


TAHNIAH!!!
Tarikh: 21 Oktober 2011
Masa: 8.30 pagi
Tempat: Dewan Darul Makmur

Tahniah diucapkan kepada warga JIP yang telah menerima Anugerah Pencapaian Akademik Cemerlang dengan pointer 3.80 dan ke atas :)


UJIAN BAGI SEMESTER 7
Opsyen: Prasekolah

1 AIZA HUSNA BT A. RAHIM
2 FARHANA BT ABU ZAKI
3 NADIA BT SABRI
4 NAZURAH BT KASMIAN
5 NOR ADIBAH BT ASARI
6 NOR FARAHIN BT TAIB
7 NOR SYAMIMI BT KAMALUDIN
8 NUR DIYANAH BT DELLAH
9 NURUL HUDA BT MOHD.SOFE
10 SITI MARLIYANA BINTI LATIP
11 SYAHIDA FAIZZAH BINTI HASHMI
12 AKRAM ZHAFRAN BIN AB GHANI
13 MUHAMMAD HAFIDZ BIN ZAINI
14 MUHAMMAD NUR AZAM BIN SUHAIMI
15 NOOR MURSHIDAH BINTI SAMSUDIN
16 NOR ELIKA FAZLIN BT MOHD SHAMSUDIN
17 NORAZURA BINTI ZIKIR
18 NUR ‘IZZATI BINTI ISMAIL
19 NURSANIAH BT ABD.RAHMAN



UJIAN BAGI SEMESTER 5
Opsyen: Prasekolah
 NURUL FARHANA BT BAKAR 
Opsyen: Pemulihan Bahasa Tamil
1 SARASWATHY A/P SUBBARAO


UJIAN BAGI SEMESTER 3
Opsyen: Pemulihan Bahasa Melayu
1 NORHIDAYU BINTI SULAIMAN


Terima Kasih kepada Biro Akademik Jawatan Kuasa Perwakilan Pelajar kerana telah menganjurkan MAPC 2011 ini dengan jayanya.