Terkini di WaJIP

Terkini di WaJIP

Info & Isu Terkini WaJIP

Sebarang info terkini mahupun isu-isu semasa akan dipaparkan disini untuk perkongsian bersama. Terima Kasih.

Wednesday, 9 October 2013

TERIMA KASIH N TAHNIAH !!!

Laman prasekolah menjadi pilihan,
Tempat beriadah semua bersama;
Terima kasih dan tahniah diucapkan,
Kepada semua yang meraikan.


Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat jua dilaksanakan Majlis Minum Petang Prasekolah IPGKTAA Bersama Rektor IPGM, Sulaiman bin Wak, Dr. Noriati bt Abd Rashid, Dato', Datin dan semua yang hadir, pada hari Selasa bersamaan 08.10.2013 dengan jayanya.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada para pensyarah, guru pelatih PISMP Prasekolah, murid Prasekolah IPGKTAA dan semua yang turut serta membantu menjayakan majlis ini. Semoga dengan kerjasama daripada semua akan mendapat balasan yang setimpanya.

Persediaan Sebelum Hari Kejadian





Proses 'Touch-up' semula gambar mural dindin prasekolah


Proses mengecat  'Divider' prasekolah




Proses menambah gambar mural di dinding prasekolah
Hari Kejadian



Tarian Sewang oleh murid prasekolah IPGKTAA dan guru pelatih Prasekolah


Perkusi lagu 'Rasa Sayang' oleh murid prasekolah IPGKTAA dan guru pelatih Prasekolah




Lawatan rektor IPGM dalam kelas Prasekolah

 

Tandatangan oleh Rektor pada buku Pelawat


Sesi bergambar bersama oleh guru pelatih dengan murid prasekolah


Sesi bergambar bersama oleh guru pelatih prasekolah dan para pensyarah


Kuih muih dan Laksa,
Menjadi pilihan santapan bersama;
Majlis yang dirai bersama,
Semoga menjadi kenangan selamanya.




Friday, 28 June 2013

TAHNIAH!!!

Tahniah diucapkan kepada senior-senior :
  • PISMP Prasekolah Jan 2009
  • PISMP Pemulihan BM Jan 2009
  • PISMP Pemulihan PT Jan 2009
kerana telah berjaya menamatkan pengajian pada peringkat Ijazah Perguruan dengan Kepujian. sekali lagi ucapan tahniah diucapkan kepada senior-senior, kerana semuanya telah berjaya mendapat tempat sebagai seorang guru disekolah. Semoga menjadi seorang guru yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Jangan lupa untuk doakan adik-adik yang masih lagi dalam proses pengajian di IPGKTAA. Semoga perkenalan kita semua akan terus kekal selama-lamanya. Terimalah 3 rangkap pantun daripada kami :

bunga melur harum baunya,
dipetik sekuntum dibuat hiasan;
kepada abang kakak semua,
ucapan tahniah sebagai penghargaan.

sungguh cantik permandangan bendang,
ramai orang melambai tangan;
jika kita bertemu dibendang,
harap dapat melambai tangan.

burung terbang membawa harapan,
ingin mencari makanan di ladang;
mengirim doa sebagai harapan,
semoga perkenalan kekal sepanjang.