Terkini di WaJIP

Terkini di WaJIP

Info & Isu Terkini WaJIP

Sebarang info terkini mahupun isu-isu semasa akan dipaparkan disini untuk perkongsian bersama. Terima Kasih.

Tuesday, 7 August 2012

CARA BUAT DOH


Disini ada sedikit perkongsian mengenai cara - cara untuk membuat doh. Doh ini sangat penting terutamanya bagi guru - guru Prasekolah kerana ia boleh digunakan bagi membantu perkembangan motor halus kanak - kanak.

Cara 1 :
Bahan-bahan:
2 cawan tepung 
1 cawan garam
Pewarna makanan 
4 sudu makan ‘cream of tartar’
2 cawan air panas
2 atau 3 sudu makan minyak masak

Cara penyediaan:
Campurkan pewarna makanan dan minyak masak dan garam ke dalam air panas. Kacau hingga garam itu larut. Curahkan campuran air panas tadi ke dalam mangkuk atau besen yang berisi tepung. Uli doh tersebut sehingga sebati dan lembut. Simpan di dalam bekas bertutup.Doh ini boleh digunakan berulang kali, sekiranya di simpan di dalam peti ais sehingga berbulan-bulan lamanya.

Cara 2 :

Antara bahan-bahan yang diperlukan;
Sekilo tepung gandum
1botol kecil minyak masak
Pewarna BUNCHO ikut kegemaran
garam halus(supaya tahan lama)
Air
Besen untuk menguli

Cara-caranya membuat :
1. Campurkan minyak( habiskan setengah )campurkan garam(1cawan) gaul.
2. Campurkan air sedikit demi sedikit (jadikan doh tidak terlampau keras dan tidak terlampau lembik)
3. Bila sudah sebati  bahagikan doh kepada empat bahagian dan uli sampai gebu( setiap doh)
4. Kemudian barulah dicampurkan warna(untuk mendapatkan warna yang menarik satu doh 1 botol warna.
5. Uli lagi hingga warna sebati dengan tepung dan gebu.
*hasil yang terbaik selepas diuli hingga sebati dan gebu,akan kelihatan minyak di telepak tangan anda.

* Apa yang penting dengan membuat sendiri doh, boleh menjimatkan kos dan tentunya tiada bahan kimia serta selamat digunakan.
*Doh ini tidak merbahaya dan selamat serta tahan lama. Jangan dedahkan doh tersebut terlalu lama nanti keras. Selepas tidak digunakan simpan dalam bekas kedap udara.
Semoga ia dapat membantu murid kita dalam pelajaran serta sebagai alat BBM yang menyeronokkan.

Sunday, 5 August 2012


Selamat menyambut hari Nuzul Quran buat semua warga Jabatan Ilmu pendidikan yang beragama Islam. Marilah kita sama - sama memperbanyakkan membaca al - Quran kerana banyak kelebihan yang akan kita perolehi di dunia dan diakhirat kelak. Misalnya ia akan datang kepada kamu pada hari dimana hari tiada pertolongan untuk memberi syafaat.

sedikit perkongsian Nuzul Quran :

Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah dalam kehidupan Nabi SAW hingga  seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada kita hari ini. Peristiwa Nuzul al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhamad SAW. Perkataan ‘Nuzul’ bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat, muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah al-Quran, sering dicantumkan dengan rangkai kata ‘al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘al-Quran yang mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain perkataan segalanya terdapat di dalam al-Quran. Firman Allah:
Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi, dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan). (Al-An’am:38)
al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia.. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai Al-Nur bererti cahaya yang menerangi, al-Furqan bererti yang dapat membezakan di antara yang hak dan batil dan al-Zikr pula bermaksud yang memberi peringatan.
Dalam sejarah kehidupan Nabi SAW ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad SAW melalui perantaraan malaikat Jibrail ialah lima ayat pertama daripada surah Al-‘Alaq. maksudnya:
”Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhan mu yang menciptakan (sekalian makhluk), Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku; Bacalah, dan Tuhan mu Yang Maha Pemurah, -Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, -Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.” (al-‘alaq:1-5)



Friday, 27 July 2012


Alhamdulillah. . . .

Pada bulan, tarikh dan hari yang cukup bermakna hari ini, Bertarikh 27, bulan 07, hari ketujuh 
dalam bulan Ramadhan, telah berlangsungnya satu majlis ringkas tetapi cukup bermakna dalam dairi seorang saudara baru Islam dibumu IPGKTAA. Lebih kurang jam 5.40 petang seorang dari orang asli telah mengucap kalimah syahadah sebagai tanda dia sudah beragama Islam, di hadapan khalayak ramai di Pusat Islam Surau as-Syafi'e, IPGK Tengku Ampuan Afzan kemudian diiringi dengan titisan air mata beliau dan air mata semua hadirin kerana syukur yang amat sangat.


"Aku bersaksi tiada Tuhan melainkan ALLAH & aku bersaksi bahawa Muhammad S.A.W. adalah pesuruh ALLAH"

Marilah kita bersama - sama berdoa agar kita semua diteguhkan iman.
Semoga Islam terus berkembang di bumi ALLAH!!!